Thaharah atau bersuci ialah
menghilangkan hadas dan najis dari badan, pakaian dan tempat.
Atau mudahnya adalah sesuatu
yang mencegah dari sahnya ibadah. Tentu thaharah menjadi hal yang utama dalam
melaksanakan suatu ibadah.
Pembagian hadas
Hadas ada dua jenis, iaitu;
1. Hadas kecil
2. Hadas besar
Sebab sebab hadas kecil sebagai berikut
1.
Keluar sesuatu dari kemaluan
2. Tidur
3. Hilang akal
4. Bersentuhan
kulit antara lelaki dan perempuan
al-Maidah, ayat 6 (yang
bermaksud); “Dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir,
atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu
bersentuhan dengan perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk
berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah debu yang
bersih…”.
5. Menyentuh
zakar atau faraj
Nomor lima ini Menurut mazhab syafi’i
6. Keluar najis
dari badan
7. Muntah
Muntah membatalkan wudhuk
pada pandangan mazhab Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad jika muntah itu banyak
atau hingga memenuhi mulut.
8. Timbulnya
keraguan
9. Ketawa
berdekah di dalam solat
10. Memandikan
mayat.
Orang yang terlibat secara
langsung memandikan mayat, batal wudhuknya menurut mazhab Imam Ahmad. Adapun
mazhab-mazhab yang lain, ia tidak membatalkan wudhuk.
Cara menyucikan hadas kecil
ialah dengan mengambil wudhuk. Jika tidak dapat dilakukan kerana sakit, atau
tidak adanya air atau sebagainya, hendaklah diganti dengan tayammum.
Kesimpulannya, cara menyucikan hadas yang ditetapkan oleh Syarak ada tiga,
iaitu;
1. Wudhuk; untuk menyucikan hadas kecil
2. Mandi; untuk menyucikan hadas besar3. Tayammum; gantian kepada wudhuk atau mandi.
(al-Maidah; 6).
Sebab hadas besar
1. Kerana berjunub
2. (a) Kerana bersetubuh dengan pasangan (suami atau
isteri) sama ada keluar mani atau tidak ketika persetubuhan itu. Semata-mata
berlakunya persetubuhan iaitu masuknya zakar ke dalam faraj, maka dianggaplah
seseorang itu berjunub sekalipun tidak keluar mani. Sabda Nabi s.a.w.; “Apabila
seseorang telah duduk di antara empat cabang perempuan (yakni dua tangan dan
dua kaki/pahanya), kemudian khitan (kemaluan) telah menyentuh khitan
(kemaluan), maka wajiblah mandi”. Dalam satu riwayat disebutkan; “…sekalipun
tidak keluar mani”. (Riwayat Imam Muslim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.).
3. Kerana
kedatangan haid dan nifas
4. Adapun cara menyucikan hadas besar ialah dengan
mandi.
Bersuci dari najis
Najis terbagi atas tiga: yang pertama najis ringan, sedang, dan
terakhir najis berat
Menurut Imam Ibnu Rusyd;
empat benda disepakati oleh ulamak sebagai najis, iaitu;
1. Bangkai haiwan darat yang berdarah mengalir
2. Daging babi3. Darah dari haiwan darat jika ia mengalir,
yakni banyak.4. Air kencing manusia dan tahinya.
Adapun dalam mazhab
Syafi’ie, ada 13 perkara yang diputuskan sebagai najis berdasarkan ijtihad
ulamak-ulamak mazhab, iaitu;
1. Anjing, anjing adalah najis.
2. Babi, babi adalah najis.3. Air kencing; semua jenis air kencing adalah
najis sama ada dari manusia atau haiwan.4. Tahi; semua jenis tahi adalah najis sama ada
tahi manusia atau haiwan.5. Air mazi; iaitu cecair nipis berwarna
kekuningan yang keluar dari kemaluan ketika naik syahwat.6. Air madi; iaitu cecair kental berwarna putih
yang keluar dari kemaluan selepas kencing atau selepas keletihan.7. Arak dan semua minuman yang memabukkan
seperti tuak dan seumpamanya.8. Bangkai/mayat; kecuali mayat manusia, bangkai
haiwan laut (ikan dan sebagainya) dan belalang.9. Darah; semua jenis darah adalah najis sama
ada darah manusia atau haiwan.10. Nanah11. Anggota yang terpisah dari haiwan ketika
masih hidupnya; kecuali bulu binatang yang halal dimakan seperti bulu
biri-biri, bulu ayam dan sebagainya.12. Susu binatang yang tidak halal dimakan
dagingnya.13. Muntah
Cara cara membersihkan najis
Najis besar
Pertama; Buang najis terlebih
dahulu
Kedua; Basuh tempat yang terkena najis anjing
itu dengan air yang bercampur tanah (sekali sahaja).
Ketiga; Bilas dengan air biasa sebanyak enam
kali.
Cara membersihkan najis
sedang
Dengan membasuhnya hingga
sifat, rasa, bau dan warnanya hilang.
Cara membersihkan najis
kecil
Dengan mempercikkan air.
beristinja’
Paling baik ialah
berinstinjak dengan air kerana ia lebih menyucikan. Diharuskan beristinjak
dengan benda-benda kesat sahaja sekalipun terdapat air, tetapi hendaklah dengan
memenuhi syarat-syarat di bawah;
Tayamum
Secara dasarnya, ada dua
sebab yang mengharuskan tayamumm;
Syarat tayamum
orang yang bertayammum harus mempunyai uzur yang
menghalangnya dari menggunakan air
tidak adanya air atau tidak diperbolehkan
menggunakan air
contoh keadaan yang
membolehkan tayamum
1. Tidak mampu menggunakan
air kerana sakit, atau takut bertambah sakit, atau takut lambat sembuh.
Tentunya karena saran dokter
JENIS-JENIS AIR


0 komentar:
Posting Komentar
----------------------------------------------------------
* Silakan berkomentar yang baik